GERHANA BULAN :
SATU LAGI KEBESARAN DAN KEHEBATAN ALLAH MAHA PENCIPTA
Fenomena Gerhana Bulan merupakan satu lagi tanda kebesaran Allah maha pencipta yang tiada tolok bandingnya. Kejadian ini mengajak manusia berfikir tentang siapa yang kuat dan siapa yang lemah, siapa yang berkuasa dan siapa yang dikuasai malahan mendidik manusia erti takut dan harap.
Bagaimana gerhana bulan berlaku
PANDUAN SOLAT SUNAT GERHANA BULAN/MATAHARI
HUKUM SOLAT GERHANA
Sunat Muakkad ( مـؤكـدة )
CARA-CARA SOLAT
Dua (2) rakaat seperti sembahyang sunat yang lain. Cuma bezanya sebagaimana yang
masyhur ia mempunyai 2 kali ruku’ dan 2 kali qiam di dalam satu rakaat. Ianya sunat
ditunaikan secara berjemaah di Masjid/Surau dan boleh juga secara bersendirian.
CARA-CARA PELAKSANAANNYA
Solat gerhana matahari dan bulan ini boleh dilakukan dengan 3 cara :
Bagi gerhana matahari, bacaan dalam solat dibaca dengan diperlahankan suara ; adapun bagi
gerhana bulan bacaan hendaklah dibaca dengan diangkat suara seperti mana-mana solat malam.
Cara Pertama : Cara yang paling ringkas. Iaitu hendaklah ditunaikan dengan dua
rakaat sepertimana solat sunat zuhur atau mana-mana solat sunat.
Cara Kedua : Disebut dengan “ الكمال أدنى ” iaitu hendaklah ditunaikan dengan
dua rakaat, dengan dua kali qiam dan dua ruku’ pada tiap-tiap satu rakaat, disertai dengan bacaan al-Fatihah dan surah dalam tiap-tiap qiam itu.
Bagi kita di Malaysia ini, cara yang kedua inilah yang paling mudah dilaksanakan. Selepas takbir, dibaca doa iftitah dan al-Fatihah. Selepas selesai al-Fatihah, dibaca surah (mana-mana surah yang mampu). Kemudian ruku’ dan bangkit semula (qiam kedua). Di dalam qiam kedua ini dibaca al-Fatihah dan juga surah. Kemudian ruku’ semula (dipanggil ruku’ kedua). Apabila bangkit I’tidal, terus sujud sebanyak dua kali. Apabila selesai sahaja dari sujud kedua dan bangkit barulah selesai rakaat yang pertama. Begitulah caranya bagi rakaat yang
kedua.
Cara Ketiga : Cara yang paling sempurna. Caranya adalah seperti juga yang kedua akan tetapi dalam rakaat yang pertama dan qiam yang pertama hendaklah dibaca surah al-Baqarah ataupun mana-mana surah yang
sama panjang dengannya. Di dalam rakaat yang pertama juga tetapi qiam yang kedua dibaca surah ali-Imran. Dalam rakaat yang kedua qiam yang pertama hendaklah dibaca surah al-Nisa’, dan dalam qiam
yang kedua pada rakaat kedua dibaca surah al-Maaidah. Kemudian hendaklah bertasbih dalam ruku’ yang pertama dengan kadar bacaan 100 ayat, dalam ruku’ yang kedua 80 ayat, ruku’ ketiga 70 ayat dan ruku’ yang keempat 50 ayat.
Waktunya
Waktu bagi solat gerhana matahari dan bulan ialah bermula dari ketika berlakunya gerhana sehinggalah selesai.
Tempat Solat
Solat gerhana sunat dilakukan di masjid atau surau atau mana-mana tempat yang biasa dilakukan solat berjemaah.
ATURAN SOLAT GERHANA
1. Disunatkan mandi sebelum solat.
2. Bilal Menyeru :
" الص ـل ة ج امـ ع ة "
3. Berdiri lurus mengadap kiblat.
4. Berniat mengerjakan solat gerhana.
(1) Lafaz niat untuk gerhana bulan
ا ص ل&ى س ن ة خ س و ف ا لق م ر ر ك ـع ت ي ن مـأ م وم ـا ل ل ه
ت ع ـال ى
“ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat makmum kerana Allah
Ta’ala”.
(2) Lafaz niat untuk gerhana matahari
ا ص ل&ى س ن ة ك س و ف الش م س ر ك ـع ت ي ن
مـأ م وم ـا ل ل ه ت ع ـال ى
“ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat makmum kerana Allah
Ta’ala”.
5. Takbiratul Ihram. Doa Iftitah, Bacaan Al-Fatihah dan Surah.
6. Ruku’ serta tasbihnya dan qiam semula.
7. Baca al-Fatihah dan Surah.
8. Ruku’, I’tidal kemudian sujud 2 kali (seperti biasa).
9. Kemudian qiam semula untuk mengerjakan rakaat kedua.
10. Baca al-Fatihah dan Surah.
11. Ruku’ berserta tasbihnya dan qiam semula.
12. Baca al-Fatihah lagi dan Surah.
13. Kemudian ruku’ I’tidal dan sujud 2 kali, baca tasyahhud akhir dan salam.
14. Selepas itu dibacakan khutbah khas sempena gerhana. Dua kali khutbah (seperti
khutbah Hari Raya).
INGATAN :
1. Makmum yang tertinggal ruku’ yang pertama samada dalam rakaat pertama atau
rakaat kedua, adalah dikira tidak mendapat rakaat itu dan dia hendaklah
menyempurnakan rakaat yang luput itu selepas Imam memberi salam.
2. Maklumat lanjut sila ruju’ kitab Sabilal Muhtadin, karangan Sheikh Mohd Arshad bin
Abdullah Al-Banjari, (Juz. 2 Hal. 58-60).
3. Sembahyang sunat gerhana matahari, segala bacaannya dilakukan dengan suara
perlahan ( سر) , manakala bagi sembahyang sunat gerhana bulan, segala bacaannya
dilakukan dengan suara yang nyaring ( جـهر).
Terima kasih kepada
Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu
Sidang
Jemaah Yang Dirahmati Allah,
Saya berpesan dengan diri saya dan
juga para jemaah sekalian agar kita benar-benar bertakwa kepada Allah SWT
dengan menjunjung segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Semoga
dengan itu kehidupan kita senantiasa di bawah lindungan Allah SWT.
Sidang
Jemaah Yang di Rahmati Allah,
Sebagai umat Islam kita
mestilah percaya dengan penuh yakin bahawa Allah SWT maha berkuasa, pentadbir
seluruh alam. Segala peredaran cakerawala, bumi, bulan, matahari dan
seumpamanya adalah dibawah kekuasaan Allah SWT yang maha berkuasa
menggerakkannya. Peredaran bulan dan matahari yang teratur setiap hari secara
berganti-ganti, matahari beredar di waktu siang, manakala bulan beredar di
waktu malam adalah atas kudrat dan iradat Allah SWT dan ianya mempunyai hikmat
dan tujuan tersendiri.
Pada hari ini kita diperlihatkan
dengan kuasa Allah SWT yang maha agung iaitu kejadian gerhana bulan. Gerhana
ini berlaku ketika bulan berada bertentangan dengan bumi dan terlindung
daripada matahari, ini bermakna bulan boleh termasuk ke dalam bayang bumi dan
menghilang. Begitulah kehebatan kekuasaan Allah SWT yang mampu mengubah segalanya
di langit dan bumi pada bila-bila masa yang tidak ada satu kuasa lain yang dapat
menyekat Qada’ dan Qadar Allah SWT. Firman Allah SWT di dalam surah al-Fussilat
ayat 37:
Maksudnya: “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah
malam, siang, matahari dan bulan. Janganlah sembah matahari mahu pun bulan tetapi
sembahlah Allah yang menciptakannya, jika kamu hendak sembah”.
Oleh itu
jika berlaku kejadian gerhana matahari atau bulan, ianya bukanlah merupakan
suatu tanda akan timbul kejadian yang aneh dan mengkhuatirkan, tetapi gerhana
itu berlaku atas sifat wajib bagi Allah SWT iaitu berkehendak dan berkuasa atas
segala sesuatu yang tidak dapat dihalang oleh apa jua kekuatan pun di dunia ini.
Sidang
Jemaah Yang di Rahmati Allah,
Setiap perubahan yang berlaku
terhadap cakerawala mengandungi hikmah yang tersendiri. Begitu juga perubahan
yang berlaku kepada matahari dan bulan, sudah pastinya mengandungi hikmat yang
tertentu, antaranya memberi peringatan agar hamba-Nya tidak melampaui batas dan
sentiasa bermuhasabah. Rasulullah SAW bersabda yang mafhumnya: “Bahawasanya matahari dan bulan itu menjadi
tanda kedua-duanya daripada tanda kekuasaan Allah SWT. Allah menakutkan
hamba-hamba-Nya dengan perubahan matahari dan bulan. Dan bahawasanya matahari
dan bulan itu tidak berlaku gerhana kedua-duanya disebabkan kematian seseorang
dari kalangan manusia. Maka apabila kamu melihat berlakunya sesuatu (gerhana
matahari atau bulan), maka solatlah kamu (solat sunat gerhana) dan berdoalah
kepada Allah sehingga cahaya matahari atau bulan tersingkap semula bagi kamu”.
(Riwayat al-Bukhari).
Gerhana
bulan merupakan amaran Allah SWT untuk seluruh manusia agar patuh dan setia di
atas perintah Allah SWT dan menjauhi larangan-Nya dan akan berlaku sepanjang
zaman sebagai peringatan Allah SWT di atas segala ketelanjuran yang dilakukan
oleh hamba-Nya. kejadian ini akan berterusan sehingga matahari dan bulan dihimpunkan dan ketika itu berlakunya kiamat.
Firman Allah SWT dalam surah al-Qiyamah
ayat 7-9:
Maksud: “ Maka apabila mata terbelalak(ketakutan), dan apabila
bulan telah hilang cahayanya dan matahari dan bulan dikumpulkan”.
Sidang
Jemaah Yang di Rahmati Allah,
Kita dianjurkan
oleh Rasulullah SAW ketika berlaku gerhana supaya bersegera untuk melakukan
perkara-perkara yang berkebajikan seperti berdoa, berzikir, bersembahyang,
bertakbir, bersedekah dan beristighfar dan menghindari daripada melakukan
perkara-perkara mungkar dan maksiat serta perbuatan syirik yang bercanggah
dengan ajaran agama Islam. Ummul mukminin Saidatina Aishah R.HA berkata dalam riwayat al-Nasai yang
mafhumnya: “Dan sesungguhnya telah jelas cahaya matahari, maka
Rasulullah SAW berkhutbah dihadapan orang ramai sambil memuji Allah SWT dan
sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua daripada keagungan Allah. Gerhana kedua-duanya berlaku bukan
disebabkan mati atau hidup seseorang. Apabila kamu melihat terjadi gerhana
matahari atau bulan, maka hendaklah kamu mendirikan solat sunat gerhana dan
bersedekah serta memperbanyak mengingati Allah. Sabda Nabi SAW: "Wahai
umat Muhammad, jikalau kamu tahu apa yang aku tahu, nescaya kamu sedikit ketawa
dan banyak menangis”.
Mimbar mengharapkan kejadian gerhana bulan ini akan
menimbulkan keinsafan, kesedaran, menambah serta menguatkan lagi keimanan dan
ketakwaan kita kepada Allah SWT. Firman Allah dalam Surah Ali ‘Imran ayat 190 –
191:
Maksudnya:“ Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan
pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi
orang-oang yang berakal Iaitu) orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa
mereka berdiri, duduk dan berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan
tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah
engkau menjadikan semuanya ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka
peliharalah kami dari azab neraka”.
Mengakhiri
khutbah, marilah kita berdoa kepada Allah SWT semoga gerhana yang berlaku
ketika ini tidak mengakibatkan berlakunya malapetaka alam seperti perubahan
angin dan cuaca yang akan memungkinkan kesan kepada alam sekitar dan memberi
kesan kepada perubahan tabii alam,
tumbuh-tumbuhan serta kehidupan di dunia. Sebagai usaha untuk melahirkan
keteguhan dan mengekalkan kekuatan iman yang ada dalam diri umat Islam, mimbar
menggariskan beberapa nasihat untuk dijadikan pedoman antaranya: Pertama:
Berfikir dan bertafakkur setiap kejadian fenomena alam; Kedua: Memperingati tentang nikmat syurga dan azab
neraka; Ketiga: Menjauhkan diri daripada lalai dan lupa kepada Pencipta iaitu Allah SWT; Keempat:
Menghitung,mempertingkatkan dan memperkemaskan amal kebajikan sepanjang masa;
dan Kelima : Bersegera memohon taubat kepada Allah SWT di atas kealpaa dan keingkaran mentaati perintah.
(KHUTBAH KEDUA)
Maksud: “Dan di antara
tanda-tanda-Nya, bahawa Ia menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang
menggembirakan; dan untuk merasakan kamu dari rahmat-Nya, dan supaya kapal
belayar laju dengan perintah-Nya, dan juga supaya kamu dapat menuntut
kurnia-Nya; dan supaya kamu bersyukur”.
Sidang
Jemaah Yang Dirahmati Allah,
Saya
berpesan dengan diri saya dan juga sekalian yang hadir supaya kita benar-benar
bertakwa kepada Allah SWT dan menjunjung segala perintah-Nya dan menjauhi akan
segala larangan-Nya semoga dengan itu hidup kita di bawah lindungan Allah SWT.
Allah
SWT berfirman dalam al-Quran ayat 46 surah ar-Rum bahawa disediakan kepada umat
manusia di bumi Allah ini akan cuaca yang cukup selesa, aliran angin yang
membawa berita dengan limpahan rezeki, kapal-kapal dengan muatan barang
dagangan bergerak merentasi lautan menyuburkan lagi rezeki kurniaan Allah SWT
untuk dinikmati bersama. Semoga dengan pelbagai habuan yang diperolehi itu,
melahirkan rasa syukur kita kehadrat Allah SWT.
Sidang
Jemaah Yang Dirahmati Allah,
Pada
hari ini kita berhimpun dan berkumpul dengan penuh harapan agar doa, rayuan dan
taubat kita dimakbulkan oleh Allah SWT. Semoga Allah SWT memulihkan cuaca
gerhana bulan yang kita saksikan sekarang ini, supaya kita terus sentiasa dalam
perlindungan dan rahmat Allah hendaknya. Berdoalah wahai jemaah sekalian,
semoga selepas perhimpunan ini bermulanya aliran angin yang membawa hujan dan
aliran air yang mencukupi keperluan, cuaca dan peralihan musim yang lebih baik
untuk dinikmati bersama. Firman Allah SWT dalam surah Saad ayat 36:
Maksudnya: “Maka Kami mudahkan baginya menggunakan angin yang
bertiup perlahan-lahan menurut kemahuannya, ke arah mana sahaja yang hendak
ditujunya”.
Mafhumnya: “Ya Allah
ampunkanlah sekalian muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat samada yang
masih hidup atau yang telah meninggal dunia”.
Ralat : Ayat Al-Quran dan Hadis serta tulisan jawi tidak dapat disertakan kerana masalah literasi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan