Khamis, 8 Disember 2011

TEAM BULDING KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN

TEAM BUILDING
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA
di Felda Residen, Trolak

SEKALUNG TAHNIAH kepada staf KBS yg telah berjaya menyelesaikan Kursus Teambuilding selama 3 hari dan 2 malam walaupun terpaksa meninggalkan keluarga semata-mata memenuhi satu lagi tuntutan ibadah kepada Allah. Satu sub-modul telah dijalankan sebagai perkenalan antara saya dengan staf KBS.

Sub-Modul : Great Energy
Aktiviti        : Peserta dikehendaki meniup belon sehingga pecah dimulut.
Objektif      : 
                    1. Membina keyakinan peserta
                    2. Membentuk nilai kepatuhan dan ketaatan
                    3. Melahirkan staf yang saling membantu ke arah kebaikan

Bila ditanya kepada peserta, siapa yang tiup belon sehingga pecah dimulut, tidak sampai separuh yang mengikut arahan. Sudah tentu, ada peserta yg memecahkan belon dgn kuku, tepuk, duduk, menggunakan pin dan sebagainya. Ertinya, nilai kepatuhan masih belum dapat dibentuk dengan tekal walaupun untuk tugasan dalam bentuk permainan.

Ada juga yang tidak dapat memecahkan belon disebabkan takut dan tidak yakin belon boleh pecah. Ada juga yg "BAIK HATI", tolong pecahkan belon kawan. 

Walaupun dalam bentuk permainan, namun nilai akhlaknya sangat bermanfaat jika dihayati.      


Salam perkenalan dan taklimat aktiviti oleh En. Bakhtiar Fitri




Peserta dah mula tiup belon. Eh!! kak baju biru macam takut2 je. Steady kakak belon pink


Kakak belon pink semakin bersemangat meniup dan semakin besar belonnya. yang baju biru dan merah masih belum meniup lagi. bila nak mula ni kak?


Peserta yg masih belum memecahkan belon dibawa ke hadapan untuk diuji di hadapan peserta lain. Peluang terakhir diberi untuk pecahkan belon. nak tengok sama ada nak peluang peluang atau tidak. Kawan2 teruskan memberi semangat.


Kesimpulan dan peneguhan disampaikan oleh penceramah agar peserta faham dan membuat nilai tambah dalam diri masing-masing

Anyway TAHNIAH sekali lagi kepada warga KBS Malaysia. 

NADI ILMU TRAINING MANAGEMENT
"Idea For Success"

Tiada ulasan: