Ahad, 6 Disember 2009

BOOTH KOTA ILMU KARNIVAL JOM HEBOH TV3 2009

Alhamdulillah, 5 Dis 2009 saya telah bersama dengan pengunjung jom heboh di booth Kota Ilmu. terima kasih dan syukran jazilan buat kak Jun, nadi utama Kota Ilmu yang berpenat lelah tanpa sedar tiba malamnya melekakan pengunjung dengan majlis ilmu walaupun berada di karnival Jom Heboh.

2 slot diamanahkan kepada saya iaitu pada pukul 11.00 pagi dan 4 petang merupakan satu cabaran besar ketika mana semua mata melihat deretan artis, semua telinga mendengar pekikan muzik yang sudah tentu dan pasti menyonsang niat untuk ke kota ilmu. Tahniah kepada pengunjung kota ilmu yang hadir mendengar dan berkongsi ilmu bersama saya.

Secara tegas dan optimis, pada saat ini terlalu ramai masyarakat Islam di Malaysia yang telampau dahagakan ilmu agama yang mana fenomena ini perlu dipandang sepenuh jiwa oleh pemilik media untuk memenuhi kelompangan jiwa manusia hari ini. Asal berbunyi sahaja dendangan nasyid oleh kumpulan Ambrain sudah ada pengunjung yang akan duduk menghayatinya. Ertinya, yakinlah bahawa jiwa keras manusia mampu dibelai dan dianugerahkan ketenangan dengan menyebut nama Allah. Ketenangan dan kebahagiaan hanya milik Allah yang diberikan kepada sesiapa yang dikehendaki. Fikirkan, dengan hanya menyumbangkan masa 1 minit sambil tapak tangan diletakkan di hati jantung berdegup dan berzikir menyebut nama Allah mampu memberi ketenangan pada waktu keadaan sekeliling yang begitu bising dengan suara manusia dan muzik yang tidak berpenghujung.

Kerap saya mengatakan kepada pengunjung, siapa yang mampu menganugerahkan ketenangan. Sudah tentu Allah 'Azzawajalla yang sering kita rindukan untuk menemuinya. Mukjizat nama Allah ketika saya bergurau bersama dengan damia zahra' anak saya yang beumur 9 bulan, dia akan ketawa apabila saya mengalunkan kalimah Lailahaillallah.

Kita juga patut dan perlu percaya bahawa memiliki ilmu bukan semestinya mesti berada di sekolah, universiti, masjid dan gedung-gedung ilmu yang formal. pemilikannya bergantung kepada keinginan manusia yang sedar bahawa ilmu mampu memuliakan dan membezakan darjah kemuliaan manusia. Sabda Rasulullah SAW : Kelebihan org mukmin yg berilmu ke atas org mukmin yg beribadat (Abid) ialah sebanyak 70 puluh kali darjat.

Dalam lain perkataan, asalkan ada majlis ilmu sudah tentu ada peminat yang akan hadir walaupun di tengah-tengah hiruk pikuk suasana yang hakikatnya tidak mengizinkan manusia untuk hadir, namun Allah maha berkuasa menentukan jiwa manusia arah mana yang perlu diarah.

Harapannya, berusahalah kita mencintai ilmu dan rasailah kemanisan menyebut nama Allah yang mengilhamkan kepada manusia kasih sayang dan cinta yang kekal abadi hingga ke syurga.

bakhtiar fitri hj. abdul hamid
6 Dis 2009

1 ulasan:

baLQis Zafira berkata...

salam ustaz bakhtiar...
sy setuju dgn ustaz...walau bagaimana keadaan sekalipun,dakwah tu perlu disampaikan di mana2...
mencabar jugak waktu ustaz nak bg ceramah tu..suasana keliling mmg sgt-sgt bising.
tahniah ustaz sbb berjaye mengharung dugaan utk berkongsi ilmu dgn msyrkt sekeliling.
sy bersyukur sgt dpt hadir ceramah ustaz pd hari kejadian walaupun utk slot pagi sahaja.
Alhamdulillah.
ape pon nasyid "Lima Cinta" yg ustaz ajarkan tu masih lagi segar di ingatan.Ringkas dan mudah dihafal.
Semoga ustaz maju jaya dalam bidang yg diceburi dan maju jaya dalam mendidik anak bangsa. INSYAALLAH