Jumaat, 14 Oktober 2011

KENAL KEPERLUAN SEMASA ANAK-ANAK.


6 Jan 2010, 11.30 pg - sewaktu saya menjadi panel dalam program Wanita Hari Ini (lihat www.tv3.com utk ulangan), isu yang dibincangkan bertajuk "Cinta Lombok" "LOMBOK, Indonesia" sebuah pulau yg hanya mengambil masa 12 minit dari Bali. Tempat yang cantik dan penduduk yang mesra dan ramah. Inilah sebuah tempat yang mana banyak anak gadis Malaysia yang lari mengikut jejaka Indonesia semata-mata utk berkahwin.
Saya fokus kepada isu yang ingin saya 'highlight' iaitu ibu bapa perlu kenal keperluan semasa anak-anak menurut pandangan Psikologi. Persoalannya, mengapa anak perempuan mudah untuk percaya kepada seorang lelaki yang baru dikenali? Di mana kesilapan ibu ayah yang menyebabkan anak-anak gadis kahwin lari?


2 isu ini sudah cukup menjadi causes (punca) yang dominan yang mempunyai kaitan yang kuat utk disalingkan dengan ibu ayah. Apabila saya selidiki, rata-rata anak gadis yang lari berumur belasan tahun dan tidak lebih 30 tahun. Baik, saya suka merujuk kepada Teori Pendidikan Maslow yang mengklasifikasikan keperluan manusia kepada :

  1. Fisiologi ( makan, minum, tempat tinggal, duit )
  2. Keselamatan
  3. Kasih Sayang & Belonging Needs
  4. Keperluan Kendiri
  5. Aktualisasi Diri
  6. Estetika
Ibu bapa masih percaya bahawa dengan memenuhi keperluan fisiologi, anak-anak akan mendengar cakap mereka. Tetapi sebenarnya amat salah kerana bagi anak yang sudah bekerja , keperluan fisiologi sudah tidak bermakna. Malahan bagi anak yang mudah mendapat duiat daripada seseorang, turut tidak endah terhadap ibu bapa. Ertinya, keperluan fisiologi gagal mempengaruhi anak-anak. Padahal anak belasan tahun lebih mengharapkan kasih sayang daripada seseorang. Malangnya keperluan ini amat jarang diterima oleh anak-anak.Mungkin kerana ibu bapa memikirkan anak gadis mereka sudah besar dan sibuk pula untuk menguruskan anak-anak kecil yg lain.

Saat ini ditunggu-tunggu oleh kebanyakan lelaki yg bukan sahaja lelaki Malaysia, malah warga asing yang gersang utk berpasang-pasangan. Mereka berjaya memenuhi keperluan keselamatan dan kasih sayang walaupun baru pertama kali berjumpa. Apatah lagi dihiasi dengan kata-kata mesra dan pujuk rayu serta janji manis, pastinya gadis Malaysia "cair" dengan lelaki begini.

Saya ingin tegaskan bahawa ibu bapa WAJIB mengetahui dan memenuhi keperluan keselamatan dan kasih sayang berterusan sehingga anak-anak gadis ini diyakini mampu mengadaptasi diri dalam kehidupan sebenar. Penuhilah apa yang anak-anak perlukan pada masa sekarang dan bukan lagi beranggapan anak-anak cukup dengan makan, minum, duit dan tempat tinggal sahaja. Koreksi kehidupan agar kecelakaan tidak melanda keluarga yang kita cintai.


Bakhtiar Fitri Abdul Hamid
19 Jan 2010/ 3 Safar 1431H





Tiada ulasan: