Isnin, 17 Oktober 2011

WAKE UP CALL

Tepat jam 8.30 mlm bertempat di SMK Abdul Jalil Hulu Langat serama hampir 12o pelajar daripada 5 buah sekolah iaitu SMK Dusun Nanding, SMK Perimbun, SMK Damai Perdana dan SMK Abdul Jalil telah berkampung selama 2 hari bermula 14 hingga 15 Oktober 2011 bagi menjalani latihan kecemerlangan dan sahsiah diri.

Saya bermula dgn persoalan IQ dan EQ utk membina kejayaan. disusuli dengan proses bagaimana cara me"maintain"kan ilmu terus segar dalam memori dengan memperkenalkan 3 memori manusia sebagaimana di sebut dlm psikologi.

Respon pelajar yg sgt baik dan perhatian yg sgt mantap memudahkan pemindahan ilmu dan pengetahuan. Kesimpulannya, apabila seseorang telah menjalani proses pengulangan dan latih tubi yang berterusan dengan lebih fokus, pastinya dialah orang yang dapat menjawab soalan SPM sambil tersenyum sambil mengatakan " aku dah jawab soalan ni 10 kali". Tahniah bagi yang berusaha dan masih belum terlambat bagi yang belum berbuat apa-apa. Teruskan perjuangan.

Tiada ulasan: