Isnin, 17 Oktober 2011

GRADUASI TINGKATAN LIMA sana sini

15 Oktober 2011, bermulalah graduasi tingkatan lima di seluruh negara dan akan berterusan hingga ke minggu-minggu seterusnya. Persoalan pokok yang perlu rasanya dicanang ialah adakah majlis GRADUASI memberi kesan terhadap motivasi dan kecemerlangan pelajar dalam SPM nanti.

      Saya sempat bertanya kepada beberapa orang pelajar tingkatan 5 SMK Tasek Permai, Ampang mengenai soalan ini. Ada yang mengatakan tak ada kesan dan sedikit yang memberi respon positif mengenai kesannya terhadap SPM. Selebihnya lebih beranggapan bahawa graduasi tidak lebih sebagai satu kenangan dan memori sepanjang berada di sekolah. masa utk ber"make up" dan ber"make over". Tidak kurang juga mengatakan "ada jugak kenangan naik pentas pakai jubah, nak masuk "U" tak tentu lagi". 

Walau bagaimanapun, tahniah kepada pihak sekolah yang bertungkus lumus merealisasikan impian pelajar naik ke pentas memakai jubah walau dengan apa tujuan sekalipun. yang penting semua guru telah melaksanakan tanggungjawab dengan baik.

 Buat pelajar, perjuangan anda masih belum selesai. sama ada anda telah bermula ataupun masih mencari resepi kejayaan itu bukan lagi isu penting pada masa sekarang. Yang sepatutnya dah READY ialah apabila guru bertanya apa sahaja soalan subjek2 tertentu, anda telah siap segala jawapan yang tepat. ertinya anda telah bersedia utk SPM. namun bagi yg belum siap siaga, anda masih belum terlambat. teruskan perjuangan. Ingatlah, tidak semua akan mendapat STRAIGHT A, tapi sekurang-kurangnya anda mendapat PAHALA dengan segala usaha anda. Inilah masa terbaik utk membuktikan anda mampu utk berjaya dan masa terbaik utk membalas segala pengorbanan insan2 yg telah banyak berjasa dlm hidup anda.

SALAM PERJUANGAN



Tiada ulasan: