Ahad, 11 Disember 2011

PROGRAM CUTI SEKOLAH 2011 : SUMMER CAMP " PERMATA HATI"

SUMMER CAMP "PERMATA HATI"
SURAU AL-AMIN
SEKSYEN 8 BANDAR BARU BANGI

Kem kali ini merupakan "pilot project" NADI ILMU bagi menguji modul terkini iaitu IIM (Islamic Intergrated Module). Alhamdulillah, modul tersebut dilihat berkesan dan boleh diamalikan berdasarkan respon dan penilaian peserta melalui borang penilaian. Walaupun tidak menggunakan keseluruhan sub-modul, namun cukup untuk menguji kebolehpercayaan modul ini.

            TAHNIAH kepada semua peserta yang terlibat. Anda telah memberikan komitmen terbaik dan sangat layak digelar ANAK SOLEH & SOLEHAH. Teruskan membuat penghijrahan untuk Allah dan Rasul. Pastikan ibu bapa adalah keutamaan dalam apa-apa jua tindakan. 


Peserta bersemangat menyanyikan nasyid DEMI MATAHARI

Superman pun join kem ni.....

Wajah anak-anak yang bersedia menerima latihan dan ilmu dengan bersemangat.



Selawat dan salam selesai solat berjemaah

Memuji Allah dengan lafaz yang mulia SUBHANALLAH

Bergambar bersama peserta kem pada akhir program. 

Sekalung apresiasi kepada Ust Baharom yang berjaya menganjurkan program dengan begitu baik. Semoga Allah merahmati seluruh AJK Surau Al-Amin Seksyen 8 BBB.


Tiada ulasan: