Ahad, 11 Disember 2011

TEAM BUILDING : PEMBANGUNAN DIRI DAN KEMAHIRAN PEDAGOGI GURU KAFA AL-FALAH USJ 9 SUBANG JAYA

TEAM BUILDING 2011 : 
PEMBANGUNAN DIRI DAN KEMAHIRAN PEDAGOGI 
GURU KAFA AL-FALAH USJ 9 SUBANG JAYA
di King Fisher, Hulu Langat

Tahniah kepada semua guru KAFA Al-Falah USJ 9 Subang Jaya yang sudi berkongsi ilmu dan pengalaman serta merelakan diri menerima latihan dalam kursus ini. Kesediaan diri merupakan sebahagian daripada prasyarat untuk meningkatkan kemahiran dan keupayaan diri dengan menuntut ilmu serta memperoleh sebanyak mana teknik pengajaran terkini.

                 Kursus 3 hari dan 2 malam ini berfokus kepada ikatan ukhuwwah melalui modul team building serta peningkatan teknik dan kaedah pembelajaran dan pengajaran yang disebut sebagai PEDAGOGI. Turut diselitkan dialog bersama Ahli Lembaga Pengarah KAFA Al-Falah yang dipengerusikan oleh Tan Sri Syed Zainal yang juga merupakan Pengerusi Eksekutif Proton Holding. 

Kenal Diri : Persoalan asas untuk mendidik diri bersyukur kepada Allah

Aktiviti Kenal Diri : mengenal keupayaan dan keyakinan dir

Tiup lagi kuat kak!!!!

Letih betul nampaknya abang kita ni.... 

Sempat lagi berposing cikgu kita ni...


Keindahan KING FISHER, Hulu Langat


Penerangan sebelum X-plorace

Make Over menggunakan water colour : sebahagian daripada aktiviti X-plorace

Pakaian kreatif

dan lagi...

Tali ajaib

cantiknya muka tu kak oii...

boleh tahan jugak rekaan baju tu... sape la designer nya...
Masing-masing sibuk menyelesaikan task yang diberi

sesi dialog bersama Ahli Lembaga KAFA Al-Falah yang dipengerusikan oleh Tan Sri Syed Zainal

Guru Besar KAFA Al-FAlah turut memberi pandangan dan cadangan

Banyaknya hadiah kak..



Dinner yang membuka selera


Bergambar kenang-kenanga bersama Lembaga Pengarah dan peserta kursus


Sub-modul : Tautan Kasih Mesra Abadi, mengukuhkah ikatan yang telah lama disimpul, 
menyemarakkan kasih sahabat sejati....



Letih jogging pun sempat lagi bergambar, sebahagian aktiviti Kembara Ilmu dan Alam

Perbincangan kemahiran pembelajaran dan pengajaran dalam Pedagogi.


Setiap manusia mempunyai kelebihan dan kelemahan yang berbeza-beza dan inilah tanda kekuasaan Allah. Tugas manusia ialah bagaimana memanfaatkan segala kurniaan Allah, bukan menyalahkan kelebihan dan kelemahan. Laksanakan tugasan dengan ikhlas dan bekerjasama untuk mencapai kesempurnaan matlamat. TAHNIAH sekali buat guru-guru KAFA Al-Falah. Anda merupakan guru pilihan Allah.



Tiada ulasan: