Selasa, 20 Disember 2011

SUMMER CAMP : KEM PERMATA CEMERLANG


SUMMER CAMP : KEM PERMATA CEMERLANG
SURAU AN-NUR TMN PELANGI SEMENYIH
16-18 Disember 2011

TAHNIAH !!! kepada semua peserta Kem Permata Cemerlang yang merupakan anak-anak qaryah Taman Pelangi Semenyih kerana komitmen 200% dalam mengikuti latihan kecemerlangan diri dunia dan akhirat. bertempat di perkarangan Surau An-Nur, kem ini telah mendapat sokongan penuh daripada AJK Surau yang bertungkus lumus menyediakan segala keperluan peserta. TAHNIAH juga buat seluruh tenaga kerja Kem Permata Cemerlang.


Pendaftaran dan taklimat kem 

urut kepala sikit, ayik ngantuk je...
\
Makan2 dulu, AJK urusetia dan peserta (fasi peserta) turut membantu




 

SMART SOLAT : Teori & Praktikal Solat Sempurna. Diikuti dengan Solat Sunat Dhuha      





 Letih betul nampak kawan2 kita ni
sampai tak sedar ada orang ambik gambar dia..

 Ketua kumpulan (fasi kumpulan)                                       Modul ABANG KATA bersama Abang Ikhwan
sibuk menguruskan kumpulan















Modul MENARA IMPIAN : peserta bertungkus lumus menyiapkan. Ketua Kumpulan memberi penerangan mengenai fungsi menara ciptaan mereka. 








    \



 Modul DI MANA HIDAYAH ILAHI : Peserta membuat pengakuan segala dosa kepada Allah dan Rasul serta ayah dan ibu. Mereka membuat perjanjian di hadapan rakan2 secara sukarela.

Yang paling penting, kesedaran hadir dari hati yang suci setelah mengakui segala kesilapan tanpa paksaan.








Modul : TEKAD & AZAM. Dengan rasa penuh emosi dan penghargaan, anak-anak membanggakan ayah dan ibu di hadapan orang ramai dengan menceritakan kelebihan ayah dan ibu. Mereka turut menjempuat ayah dan ibu di hadapan hadirin untuk diberi penghargaan. Saat yang sangat emosi dan terharu. Ibu bapa juga mengambil bahagian dalam modul ini dengan memberi respon terhadap keberanian anak2 membuat azam. 



Membaca bersama ibu surat AZAM yang dilakar dengan hati yang ikhlas








Pelukan kasih sayang ayah terhadap anak kesayangannya







Cenderahati daripada Hj. Razak, Pengerusi Surau Annur



Saat yang dinanti-nantikan, penyampaian hadiah kepada pemenang

Sekalung apresiasi kepada semua peserta, ayah dan ibu serta AJK Surau Annur yang terus menerus menghidupsuburkan budaya Islam di Surau yang bukan sahaja sebagai rumah ibadah, tetapi pusat perkembangan akademik, sahsiah dan komuniti Taman Pelangi Semenyih.

Penghargaan tidak terhingga kepada Ust Yusri Amri Bahasa yang membuka ruang dan peluang untuk NADI ILMU berkongsi ilmu dan pengalaman bersama anak-anak KEM PERMATA CEMERLANG.






                                                  






Tiada ulasan: